Zhulian dan Masyarakat

We CARE, WE SHARE!

Di ZHULIAN, perniagaan bukan semata-mata untuk menjana pendapatan. Sebaliknya, menjadi warga korporat yang bertanggungjawab bukan sekadar menghasilkan produk-produk hebat. Ia adalah berkenaan memikul tanggungjawab demi peningkatan orang-orang kami dan persekitaran kami melalui kerja-kerja yang dilakukan, sebagai Syarikat dan sebagai individu. 

Tradisi korporat kami, yang selari dengan visi dan misi Syarikat kami, berakar umbi dari prinsip integriti peribadi, hormat terhadap orang-orang yang berhubung-kait dengan kami, dan melakukan perkara-perkara yang betul untuk jangka panjang yang akan menyumbang secara positif kepada masyarakat dan persekitaran. Oleh itu, semasa menguruskan perniagaan kami dan memastikan ketahanan perniagaan kami, kami juga amat komited untuk memainkan peranan sewajarnya sebagai warga korporat yang baik di mana kami terus mencari cara untuk mengintegrasikan modal manusia, kemajuan ekonomi, pembangunan sosial dan kesedaran alam sekitar bagi mencipta kualiti kehidupan yang lebih baik bagi generasi masa depan.
Merubah kehidupan masyarakat menuju peningkatan

Kami amat komited untuk memupuk Negara yang sihat dan kaya dengan membekalkan produk dan perkhidmatan yang meningkatkan kehidupan masyarakat dari segi kecantikan, kesihatan dan kesenangan serta memupuk kejayaan para pengedar, secara material dan rohani. Keinginan untuk memberikan kepada masyarakat kualiti dan manfaat terbaik melalui model perniagaan dan produk kami adalah pemacu buat kami terus memajukan diri ke arah kecemerlangan. Motivasi dan ganjaran terhebat bagi kami adalah melihat perubahan insan-insan yang menggunakan produk kami ke arah kesihatan yang lebih baik dan kualiti kehidupan yang lebih baik. Kepuasan dan pencapaian mereka juga menguatkan keazaman kami untuk bergerak menuju sempadan yang baru.

Untuk memainkan peranan dalam menggalakkan kejayaan akademik, kami telah menyediakan Tabung Pendidikan Amanah ZHULIAN sejak tahun 2007 bagi memberikan ganjaran kepada anak-anak para Pengedar cemerlang yang telah berjaya di dalam pelajaran. Sejak penubuhan tabung ini sehingga bulan November 2009, seramai 51 anak-anak telah memperolehi faedah dari usaha murni ini..

Kumpulan sentiasa menyokong aktiviti-aktiviti kebajikan seperti program mengumpul dana yang dapat membantu mereka yang memerlukan dan golongan yang kurang bernasib baik. Tahun-tahun sebelumnya, Syarikat telah membuat sumbangan dalam bentuk wang tunai mahupun barangan kepada badan-badan kebajikan seperti Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia, Yayasan Budi Penyayang Malaysia, Majlis Kanser Nasional - MAKNA, Persatuan St. John Ambulance Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah, Pertubuhan Dialisis Penyayang Pulau Pinang, St. Nicholas Home, Persatuan Kanak-kanak Terencat Akal Pulau Pinang, Charis Hospice dan dan Pusat Kanak-kanak Cacat Pulau Pinang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Laman blog ini adalah laman persendirian pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya anda mengalami kerugian atas kepenggunaan info dalam laman blog ini. Laman ini dibangunkan bertujuan untuk mempromosikan perniagaan Zhulian dan beramah mesra dengan prospek dan pelanggan dengan lebih ramah lagi. Segala maklumat didalamnya kebanyakkannya bersumberkan dari laman web rasmi Zhulian. Segala fakta tidak diubah suai. Untuk maklumat lanjut layari laman Web Zhulian di www.zhulian.com.my. Harap maklum.