Berita Terkini

Mei 9, 2011 – Satu lagi rangkaian produk berkualiti yang baru dan menakjubkan – GREENLEX, suplemen herba tradisional baru yang dibangunkan oleh ZHULIAN kini tersedia di semua Agensi Bertauliah!


 
Menyinar Cetusan Inspirasi di Malam Penganugerahan 2011!
April 25, 2011 (Isnin) – Sejuta syabas dan sekalung tahniah buat semua Pemimpin terbaik yang telah diraikan dengan penuh kegemilangan pada Malam Penganugerahan 2011 ini. Pencapaian membanggakan ini menjadi pencetus kepada insan-insan lain untuk berusaha demi mengecapi kegemilangan sedemikian!

 
Syabas buat anak-anak cemerlang yang menerima Tabung Pendidikan Amanah 2010/2011 pada Malam Penganugerahan 2011!
April 25, 2011 (Isnin) – Seiring dan sejalan! Tahniah buat 35 pelajar yang terpilih sebagai penerima Tabung Pendidikan Amanah bagi tahun akademik 2010/2011. Sesungguhnya ibu bapa yang giat mengejar kejayaan di ZHULIAN tidak pernah mengabai tanggungjawab mendidik anak-anak untuk mengejar kecemerlangan pelajaran!

 
Mereka Yang Terbaik di Antara Yang Terbaik akan terpukau dengan keasyikkan pelancongan sempena Forum Antarabangsa Diamond 2011 ke Dubai!
Mac 11, 2011 (Jumaat) – Menghitung hari! Syabas! DIF 2011 akan berlangsung pada 28 Mac – 3 April 2011. Dengan ini, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk para Pemimpin cemerlang ZHULIAN bersiap sedia untuk merasai keterujaan menerokai salah sebuah Bandar termaju di dunia!

 
Melancong ke Shanghai, China atau melakukan ibadah Umrah & Ziarah…
Mac 11, 2011 (Jumaat) – Tahniah! Para Pengedar yang telah berjaya mencapai kelayakan Insentif Pelancongan 2010/2011 telah disenaraikan. Peluang pelancongan menakjubkan ini khas buat mereka yang telah memenuhi syarat dalam dari bulan jualan Oktober 2010 sehingga bulan jualan Januari 2011! Bagi yang sudah layak, nantikan notis tentang tarikh bertolak!


Pengumuman Destinasi Forum Antarabangsa Diamond 2012….Perth, Australia!
Mac 4, 2011 (Jumaat) - Jangan berlengah! Destinasi bagi acara tahunan Forum Antarabangsa Diamond bagi tahun 2012 ialah Perth, Australia! Lipatgandakan usaha dan semangat untuk bersama-sama menerokai keindahan kota moden yang bersih, cantik dan menenangkan ini. Tiada ganjaran yang lebih membahagiakan daripada nikmat keseronokan yang diperolehi selepas penat memerah keringat!


Pakej Insentif Keemasan yang lebih memberi ganjaran akan berkuatkuasa mulai Bulan Jualan Januari 2011!
Jan 10, 2011 (Isnin) - ZHULIAN memulakan Tahun Baru 2011 dengan inisiatif baru yang pasti akan merangsang keyakinan dan semangat para Pengedar! Berkuatkuasa mulai Bulan Jualan Januari 2011, semua Pengedar akan menikmati peratusan lebih tinggi bagi Bonus Pencapaian Kumpulan Peribadi / Personal Group Achievement Bonus (7%), Bonus Perkembangan Kepimpinan / Leadership Development Bonus (21%), Bonus Pencapaian Diamond / Diamond Achievement Bonus ( 7%) dan Tabung Kereta / Car Fund (3%). Bermakna, tidak termasuk Keuntungan Runcit / Retail Profit dan Forum Antarabangsa Diamond / Diamond International Forum, sejumlah 62% daripada BV Syarikat dibayar kepada Pengedar yang layak, iaitu bersamaan peningkatan 10% berbanding pakej sebelumnya yang menawarkan 52%. Selain itu, Pelan Perniagaan Keemasan baru ini turut memudahkan syarat kelayakan pangkat SSM dan RCD.


Kempen Seminar Kepimpinan Kebangsaan Ke-39 bermula!
Jan 10, 2011 (Isnin) – Gagahi Usaha Yang Terhebat Demi Mengungguli Prestasi Yang Terhebat! Kempen Seminar Kepimpinan Kebangsaan Ke-39 telah bermula sejak 1hb Januari 2011 dan akan berlanjutan sehingga 30hb April 2011 ini. Capailah kelayakan untuk menyertainya dan rebutlah peluang menimba ilmu dan mengasah kemahiran bersama-sama bagi menjana semangat hebat yang tidak dapat digambarkan!



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Laman blog ini adalah laman persendirian pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya anda mengalami kerugian atas kepenggunaan info dalam laman blog ini. Laman ini dibangunkan bertujuan untuk mempromosikan perniagaan Zhulian dan beramah mesra dengan prospek dan pelanggan dengan lebih ramah lagi. Segala maklumat didalamnya kebanyakkannya bersumberkan dari laman web rasmi Zhulian. Segala fakta tidak diubah suai. Untuk maklumat lanjut layari laman Web Zhulian di www.zhulian.com.my. Harap maklum.