Apa itu Zhulian?

ZHULIAN MARKETING (M) SDN BHD (ZMMSB) adalah salah sebuah syarikat peneraju dalam industri jualan langsung di Malaysia. Kami memiliki lebih daripada 80 agensi bertauliah di seluruh bandar-bandar utama di Malaysia dan kira-kira 100,000 Pengedar yang berkongsi wawasan yang sama serta berusaha seiring Syarikat menuju kejayaan. ZMMSB juga adalah Ibu Pejabat Antarabangsa pengoperasian perniagaan Pemasaran Berbilang Tingkatnya di rantau Asia Tenggara.

ZMMSBtelah diasaskan di Pulau Pinang pada tahun 1989 oleh En. Teoh Beng Seng dengan perniagaan teras permulaannya mengedar barangan kemas saduran emas melalui saluran Pemasaran Berbilang Tingkat. Sejak itu, Syarikat ini telah mula berkongsi falsafah model perniagaannya yang unik, yang dapat membawa kejayaan dan kemewahan kepada mereka yang meyakini produknya, mempercayai pelan perniagaannya dan memandang tinggi terhadap Syarikat. Sejak bertahun-tahun, Syarikat telah berjaya menyatukan pelbagai lapisan masyarakat dan memberikan setiap seorang peluang yang saksama bagi membina kejayaan melalui pemupukan semangat keusahawanan.

Pertumbuhan Yang Semakin Kukuh...
Pelbagai inovasi positif telah dilaksanakan sejak tahun-tahun kebelakangan ini bagi merealisasikan wawasan keemasan Syarikat. Kini, selepas lebih 20 tahun berdiri teguh di dalam pasaran, ZMMSB dan kumpulan syarikatnya telah berjaya berkembang sehingga menjadi salah sebuah syarikat tersenarai awam di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Berhad, di bawah nama ZHULIAN CORPORATION BERHAD, dan Kumpulan ZHULIAN (ZHULIAN atau Kumpulan) dikenali sebagai pengoperasi MLM yang inovatif dan bersepadu yang berbangga mengeluarkan dan memasarkan pelbagai produk berjenama sendiri di bawah Kumpulannya. Bermula dengan rangkaian kecil barangan kemas saduran emas yang amat popular, ZMMSB kini telah berjaya mempelbagaikan barisan produknya kepada produk Penjagaan Rumah, Makanan dan Minuman, Suplemen dan Nutrisi, Penjagaan Diri, Kosmetik, Rawatan Udara, Rawatan Air, Produk Peningkatan Tidur dan Pakai Buang.

Kumpulan ZHULIAN melebarkan sayapnya ke Thailand pada tahun 1996; kemudian ke Indonesia pada tahun 1997 dan Singapura pada tahun 2003. Dengan rangkaian yang luas sehingga kira-kira 300 Agensi dan hampir setengah juta Pengedar di rantau Asia Tenggara, ZHULIAN telah tampil sebagai penginovasi industri jualan langsung rantau ini kerana Peluang Perniagaan Keemasannya yang progresif dan berwawasan serta produk-produknya yang dipercayai dan inovatif.

Dengan keupayaan mengukir nama di dalam pasaran MLM, Syarikat dan Kumpulan Syarikatnya telah tumbuh dengan kukuh dan kumpulan syarikatnya kini memiliki 3 bangunan di Bayan Lepas, Pulau Pinang, di mana salah sebuah darinya dilengkapi kemudahan pengeluaran canggih yang bersijil GMP serta mengaplikasikan sistem pengeluaran yang diiktiraf oleh piawaian antarabangsa ISO9001:2000. Menyasarkan untuk bergerak maju, Kumpulan telah memulakan siri projek pengembangannya, termasuklah pengubahsuaian bangunan Ibu Pejabat Antarabangsa di Plot 41, Bayan Lepas Industrial Estate, Pualu Pinang; projek pengubahsuaian besar-besaran pejabat regionalnya di Thailand dan merancang untuk membina bangunan pejabat regional yang juga akan menjadi gudangnya sendiri di Jakarta, Indonesia. Kemudahan baru ini kelak akan menjadi platform bagi menambahkan lagi keupayaannya memenuhi keperluan pasaran serta batu loncatan untuk meluaskan perniagaannya.

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Laman blog ini adalah laman persendirian pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya anda mengalami kerugian atas kepenggunaan info dalam laman blog ini. Laman ini dibangunkan bertujuan untuk mempromosikan perniagaan Zhulian dan beramah mesra dengan prospek dan pelanggan dengan lebih ramah lagi. Segala maklumat didalamnya kebanyakkannya bersumberkan dari laman web rasmi Zhulian. Segala fakta tidak diubah suai. Untuk maklumat lanjut layari laman Web Zhulian di www.zhulian.com.my. Harap maklum.