Sejauhmana pencapaian Zhulian yang diketahui ramai...

1989
ZHULIAN MARKETING (M) SDN BHD (ZMMSB), sebuah syarikat dagangan telah diperbadankan untuk memasarkan produk pengguna (terutamanya barangan kemas saduran emas) melalui kaedah pemasaran berbilang tingkat (MLM).

1993
ZHULIAN MARKETING (M) SDN BHD (ZMSB) menerima lesen jualan langsung pada tahun 1993 apabila Akta Jualan Langsung, 1993 diwartakan secara rasmi.

1994, Jan
Berpindah ke premis baru yang terletak di Plot 41, Bayan Lepas Industrial Estate, Phase IV, Pulau Pinang.

1996, Nov
Perniagaan MLM Syarikat melebarkan sayapnya ke pasaran Thailand melalui Syarikat Bersekutunya, ZHULIAN (THAILAND) LTD. [ZTH] yang berpejabat di Haadyai, Thailand.

1997, Jul
Bangunan ke-2 ZHULIAN terletak di Plot 42, Bayan Lepas Industrial Estate, Phase IV, Pulau Pinang, yang terletak bersebelahan bangunan pertama, mula beroperasi.

1997, Oct
Perniagaan MLM Syarikat menembusi pasaran Indonesia dan mendirikan pejabat regionalnya di Medan, Indonesia.

1999, Oct
Pejabat regional ZHULIAN (THAILAND) LTD. [ZTH] berpindah dari Haadyai ke Bangna, Bangkok bagi prasarana logistik yang lebih baik.

2003, May
Pejabat Regional Indonesia yang dikenali sebagai PT. ZHULIAN INDONESIA berpindah dari Medan ke Jakarta, Indonesia

2003, July
ZHULIAN (THAILAND) LTD. [ZTH] berpindah masuk ke premisnya sendiri di mana pejabat regional dan gudang disatukan di bawah satu bumbung di Nontaburi, Thailand.

2004
ZHULIAN mula menembusi pasaran Singapura apabila ZHULIAN (SINGAPORE) PTE. LTD. (ZSG) memulakan operasi perniagaan sebagai salah satu cabang pengedaran.

2007, April
ZHULIAN CORPORATION BERHAD dengan rasminya disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Berhad.
ZHULIAN (SINGAPORE) PTE LTD (ZSG) telah berpindah ke pejabat baru yang lebih besar dan mewah di Jalan Masjid, Singapura.

2007, Sept
Pusat Pengedaran dibangunkan di Kota Kinabalu, Sabah.

2008, July
Kilang ketiga ZHULIAN yang terletak di Plot 3, Bayan Lepas Free Industrial Zone, Pulau Pinang mula beroperasi.

2009, June
PT. ZHULIAN INDONESIA menjadi salah satu subsidiari di bawah ZHULIAN CORPORATION BERHAD di mana Kumpulan berjaya memperolehi 60% sahamnya

2009, Oct
Sebuah lagi Pusat Pengedaran di Malaysia Timur disediakan yang terletak di Kuching, Sarawak.

2009, Dec
ZHULIAN INDUSTRIES SDN BHD memperolehi persijilan GMP (Good Manufacturing Practice) untuk kualiti dan keselamatan makanan
Sumber laman web rasmi www.zhulian.com.my

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Laman blog ini adalah laman persendirian pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya anda mengalami kerugian atas kepenggunaan info dalam laman blog ini. Laman ini dibangunkan bertujuan untuk mempromosikan perniagaan Zhulian dan beramah mesra dengan prospek dan pelanggan dengan lebih ramah lagi. Segala maklumat didalamnya kebanyakkannya bersumberkan dari laman web rasmi Zhulian. Segala fakta tidak diubah suai. Untuk maklumat lanjut layari laman Web Zhulian di www.zhulian.com.my. Harap maklum.